Sempena sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Tahun 2023 peringkat Negeri Terengganu, KPDN Negeri Terengganu akan menganjurkan Program “Cakna Pengguna” yang akan diadakan pada 14 Mac 2023 (Selasa) bertempat di KTCC Mall Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti Pameran Agensi, Pertandingan Cabaran Bakul Pengguna, Pertandingan Mewarna OKU, Forum Kewangan
dan Pertandingan Busker.


Pihak MKN Negeri Terengganu turut menyertai acara pertandingan cabaran bakul pengguna peringkat Negeri Terengganu yang diadakan pada jam 10 pagi. Dalam cabaran ini, ianya dibahagikan dengan beberapa tugasan seperti menjawab soalan berkaitan inisiatif KPDN, gaya hidup sihat, pengurusan kewangan, alam semulajadi dan banyak lagi disamping acara pembelian barangan mengikut senarai yang diberi.
Program ini juga telah dirasmikan oleh YB Datin Roszanina Bt. Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdayaupayaan Pengguna) KPDN dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cabaran bakul pengguna. Alhamdulillah, wakil dari MKN Terengganu berjaya merangkul tempat ketiga dan akan layak untuk CBP Peringkat Kebangsaan yang dijangkakan berlangsung pada Mei 2023 ini.
𝓛𝓲𝓴𝓮, 𝓯𝓸𝓵𝓵𝓸𝔀 𝓷 𝓼𝓱𝓪𝓻𝓮 𝓟𝓪𝓰𝓮 𝓜𝓚𝓝 𝓣𝓻𝓰
Facebook: https://www.facebook.com/MKNTerengganu
Twitter: https://twitter.com/MKNTerengganu
Instagram: https://www.instagram.com/mkn_terengganu/