SIDANG DUN MELAKA 13 HINGGA 16 MAC – SPEAKER

AYER KEROH – Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan mula bersidang selama empat hari bermula 13 sehingga 16 Mac ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum berkata persidangan berlangsung selama empat hari itu akan turut membentangkan sebanyak dua usul.

“Pada hari pertama (13 Mac) adalah pembukaan persidangan yang dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi soalan lisan.

“Setakat ini kita menerima kira-kira 210 soalan lisan yang dikemukakan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Katanya lagi antara usul yang akan dibentangkan pada persidangan DUN kali ini adalah ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut