PERHUBUNGAN STRATEGIK: KUNJUNGAN HORMAT PKN NEGERI TERENGGANU KEPADA KETUA POLIS NEGERI TERENGGANU

YBrs. Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjung hormat ke atas YDH DCP Datoโ€™ Rohaimi bin Md Isa Ketua Polis Terengganu. Turut hadir bersama adalah DSP Mohd Shahrizan bin Abdullah, Penolong Pengarah (Polis) di MKN Negeri Terengganu dan Puan Nurul laila binti Suhaimi, Penolong pengarah MKN Negeri Terengganu. Turut sama adalah Ketua Cawangan Khas IPK Terengganu ACP Mohd Fauzi bin Abd Rahman dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Terengganu ACP Noor Halim bin Nordin, pada 6 Mac 2023.

Kunjungan hormat ini telah membolehkan banyak perkara yang menyentuh mengenai Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam di Terengganu dapat dibincang secara lebih dekat. Selain itu, Pertemuan ini juga turut membincangkan mengenai perancangan program melibatkan agensi keselamatan negeri Terengganu bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

Terima kasih YDH Datoโ€™ Ketua Polis Terengganu atas kesudian menerima kunjungan hormat dari pihak MKN Terengganu dan moga jalinan kerjasama yang lebih mantap dapat diperkukuhkan Demi Negara Malaysia tercinta.

 

๐“›๐“ฒ๐“ด๐“ฎ, ๐“ฏ๐“ธ๐“ต๐“ต๐“ธ๐”€ ๐“ท ๐“ผ๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฎ ๐“Ÿ๐“ช๐“ฐ๐“ฎ ๐“œ๐“š๐“ ๐“ฃ๐“ป๐“ฐ

Facebook: https://www.facebook.com/MKNTerengganu

Twitter: https://twitter.com/MKNTerengganu

Tiktok: https://www.tiktok.com/@mknterengganurasmi?lang=en

Instagram: https://www.instagram.com/mkn_terengganu/

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut