𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗢𝗛𝗜𝗡𝗚𝗬𝗔

MKN Terengganu yang diketuai oleh Pengarah Keselamatan Negeri telah melaksanakan satu pemantauan dan tinjaun ke penempatan warga Rohingya di sekitar Daerah Dungun. Turut serta bersama adalah Pegawai daerah Dungun, Pengarah JIM Terengganu, Pegawai Pejabat Daerah Dungun, dan Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu pada 1 Mac 2023 (Rabu)
Pemantauan ini diadakan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat dan isu setempat berkaitan kebanjiran warga Rohingya di Negeri Terengganu ini. Pemantauan seperti ini akan diteruskan lagi secara berkala di setiap daerah bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan rakyat Terengganu terjamin disamping menjaga keharmonian serta kesejahteraan hidup rakyat Terengganu.
  

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …