PEMERIKSAAN KEBERADAAN BEKALAN DAN HARGA DI KOTA BHARU

KOTA BHARU 28 Feb : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi-lokasi tumpuan awam keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala.
Objektif tindakan pemeriksaan dan pemantauan secara terperinci dan bersasar ke atas bekalan barang-barang yang menjadi tumpuan barang kawalan dan keperluan asas.
Disamping itu supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga, barang kawalan yang menepati harga yang ditetapkan oleh Kerajaan dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah serta peniaga menggunakan alat timbang yang telah ditentusahkan.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
👉Tel : 09-7416000
👉Whatsapp : click link
👉 Talian Hotline : 1-800-886-800
👉 Daftar melalui Portal Menu RAHMAH : https://menurahmah.kpdn.gov.my
👉 Perkhidmatan yang ditawarkan KPDN : https://linktr.ee/kpdn
Sumber: Facebook KPDN KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …