KONDOMINIUM JADI TEMPAT BUNGKUS DADAH

Polis menahan dua lelaki dan merampas lebih tiga kilogram dadah dianggarkan bernilai lebih RM110,000 dalam serbuan di sebuah kondominium di Tanjung Kling, di sini, Khamis lalu. Serbuan kira-kira jam 3.30 pagi itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka. Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, hasil serbuan itu polis berjaya menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 24 dan 35 tahun yang berada di dalam premis.

“Ketika serbuan terdapat dua suspek di dalam kondominium dan hasil pemeriksaan lanjut, polis kemudian berjaya merampas dadah dipercayai syabu seberat kira-kira 3.164 kilogram yang dianggarkan bernilai RM114,668. Hasil siasatan dadah ini dipercayai bagi pasaran Batu Pahat dan Johor Bahru selain ia boleh digunakan untuk seramai 15,820 penagih,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan juga mendapati kedua-dua mereka ini sudah aktif sejak Jun tahun lalu.

“Malah suspek juga dipercayai menyewa kondominium itu bagi proses membungkus dadah sebelum diedarkan ke lokasi tertentu. Selain rampasan dadah, ketika serbuan juga polis turut merampas barangan milik suspek termasuk barangan kemas dianggarkan bernilai RM21, 763.00 dan wang tunai berjumlah RM13,000,” katanya.

Zainol berkata, hasil ujian saringan air kencing dilakukan, kedua-dua mereka didapati positif dadah dipercayai jenis Methamphetamine.

“Semakan dibuat juga mendapati kedua-dua mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau. Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 1 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, Zainol turut meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan sekitar menerusi talian hotline JSJN di talian 012-2087222.

Sumber: Melaka Hari Ini

Gambar Hiasan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …