POLIS CEKUP 2 ‘MAT LALOK’ RAGUT WANITA DI KOTA BHARU

POLIS menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan pada 16 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.

“Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai Ahad, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Video dan berita penuh di: https://majoriti.com.my/berita/2023/02/27/video-polis-cekup-2-039mat-lalok039-ragut-wanita-di-kota-bharu

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut