PEMATUHAN OPS KESAN KPDN KELANTAN

KOTA BHARU 26 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Pematuhan Ops Kesan bagi perkhidmatan tadika dan taska di lokasi-lokasi tumpuan awam dan keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala.
Objektif bagi memantau pematuhan perkhidmatan yang disediakan, semakan latar belakang syarikat dan pakej-pakej yang ditawarkan bagi memastikan setiap peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Selain itu memastikan premis perniagaan mematuhi perundangan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
👉Tel : 09-7416000
👉Whatsapp : click link
👉 Talian Hotline : 1-800-886-800
👉 Daftar melalui Portal Menu RAHMAH : https://menurahmah.kpdn.gov.my
Sumber: Facebook KPDN KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …