PEMANTAUAN BAGI PROGRAM PENYERAGAMAN HARGA

DABONG 26 Feb : Pemantauan oleh Pegawai Pemantau Harga KPDN Cawangan Kuala Krai, Kelantan dilokasi “Point Of Sale” Program Penyeragaman Harga (Community Drumming, Liquid Petroleum Gas dan Barang Perlu).
Objektif pemantauan pematuhan yang dilaksanakan bagi penyemakan dokumentasi pembelian oleh setiap POS yang dilantik oleh KPDN bagi Program ini.
Selain itu juga pemantauan ini dibuat bagi bekalan Ron 95 & Gas Petroleum Cecair di POS yang dibekalkan oleh pihak transporter samada menyamai dengan resit atau sebaliknya.
Program Penyeragaman Harga ini membantu penduduk yang tinggal dikawasan pedalaman sekitar Dabong mendapatkan keperluan, mengurangkan kos sara hidup serta dapat menikmati harga yang sama seperti yang ditetapkan kerajaan.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
👉Tel : 09-7416000
👉Whatsapp : click link
👉 Talian Hotline : 1-800-886-800
👉 Daftar melalui Portal Menu RAHMAH : https://menurahmah.kpdn.gov.my
Sumber: Facebook KPDN KELANTAN

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …