PROGRAM ADVOKASI PENGGUNA BIJAK

TAMPIN – Seramai 50 orang penjawat awam dari agensi Jabatan Kerja Raya Daerah Tampin telah mengikuti Program Advokasi Pengguna Bijak yang telah diadakan di Dewan Darul Falah, SK Tunku Besar Tampin pada 21 Februari 2023 (Selasa).

Program ini telah menampilkan dua orang penceramah dari KPDN Negeri Sembilan iaitu Tuan Ahmad Khuzairi bin Salamat dengan tajuk Timbang dan Sukat manakala Puan Nurhanuna binti Mohamed Yunos mengetengahkan tajuk Hak Pengguna Menghadapi Kos Sara Hidup Semasa.

Program ini bertujuan untuk memberi tambah nilai kepada peserta mengenai ilmu timbang, sukat serta hak-hak sebagai pengguna. Selain itu ia juga memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kemahiran beberlanja dengan berhemah dengan meneliti timbang dan sukat yang digunapakai oleh peniaga, tanda harga yang jelas dan tidak mengelirukan serta mengambil cakna teknik-teknik manupulasi semasa timbang dan sukat.

Sumber: KPDN Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut