KPDN TIMUR LAUT DAN SEBERANG PERAI UTARA PERIKSA PREMIS TUMPUAN JUAL BARANGAN HARIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Seramai 10 orang Pegawai KPDN Timur Laut melaksanakan pemeriksaan ke atas 26 premis perniagaan di sekitar Aupermarket Mercato dan Supermarket Bandar Baru, Pulau Tikus pada 22 Februari 2023. Antara aktiviti pemeriksaan yang dijalankan adalah Pemantauan Price Watch Harian bagi 186 jenis barang keperluan meliputi premis pasar basah, supermarket, hypermarket dan Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam, Telur Ayam & Minyak Masak Sawit Tulen Botol yang dikuatkuasakan di bawah akta kementerian.

Sementara itu, KPDN Seberang Perai Utara (SPU) turut melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Ops ATM, Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak, Bekalan Ayam, Telur Ayam, Tepung Gandum, Gula, Pemeriksaan Tanda Harga serta Alat Timbang dan Sukat di sembilan premis sekitar Butterworth. Pemeriksaan tersebut dilaksanakan oleh sepasukan enam Pegawai Penguatkuasa KPDN SPU.

 

Sumber :

KPDN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …