𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆-𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍

Bahagian ini telah menjalankan aktiviti pemantauan ke gerai-gerai jualan ikan sekitar Pasar Sentral dan di sekitar kampung.
Educational enforcement telah diberikan yang mana pengusaha telah diberikan nasihat keselamatan makanan berkaitan kesan memakan kerang-kerangan yang dicemari alga beracun disebabkan fenomena air merah.
Merujuk kepada kenyataan Jabatan Pertanian Sabah, dua jenis alga iaitu Margalefidinium polykrikoides (Cochlodium) dan Pyrodinium bahamense dikesan menjadi punca fenomena air merah ini. Ia mengeluarkan toksin berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan marin.
Alga Pyrodinium bahamense mengeluarkan toksin yang mana ianya boleh terkumpul dalam hidupan bercengkerang seperti kerang, tiram, kupang dan kepah dan menyebabkan Paralytic Shellfish Poisoning) jika dimakan manusia.
Simptom PSP boleh dikesan berdasarkan rasa kesemutan, kebas seperti terbakar dalam mulut, bibir dan lidah, diikuti sakit kepala, pening, loya dan muntah.
Jika anda mengalami simptom berkenaan, dapatkan rawatan segera di hospital/ klinik berdekatan.
SUMBER: FACEBOOK BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN JABATAN KESIHATAN WP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …