575 LITER MINYAK DIESEL DISYAKI UNTUK DISELEWENG BERJAYA DITAHAN

TUMPAT 20 Feb 2023 

 

 

Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan berjaya merampas kira-kira 575 liter minyak diesel bersubsidi yang dibawa tanpa kebenaran dalam sebuah kereta di kawasan Kg. Berangan, Tumpat, Kelantan.

Pemeriksaan ke atas kereta dalam keadaan mencurigakan itu oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan melalui Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan kira-kira jam 10.00 malam semalam.

Terdahulu hasil maklumat risikan, pasukan mengesan pergerakan sebuah kenderaan dari Kota Bharu, Kelantan menuju Tumpat, Kelantan dalam keadaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan tersebut.

Pasukan telah mengekori kenderaan tersebut dan membuat pemeriksaan lanjut menemui muatan minyak diesel sebanyak 575 liter didalam didalam kereta yang disyaki tersebut.

Sitaan terhadap barang kawalan tersebut dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 1236.25 dan sebuah kenderaan jenis Proton Waja berpendaftaran tempatan dengan nilai rampasan sebanyak RM 10,000.00

Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 walaubagaimanapun saspek menyedari diekori telah melarikan diri ke dalam semak berhampiran tanpa dikesan oleh pasukan.

KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Dalam masa yang sama juga Penguat Kuasa KPDN Kelantan sentiasa mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan Rondaan Pencegahan Penyelewengan Subsidi di stesen-stesen minyak sekitar radius 50km dari sempadan negara dari masa ke semasa.

Sumber: KPDN Kelantan

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …