PEMANTAUAN PEMBUNGKUS MINYAK MASAK BERSUBSIDI DI TANAH MERAH, KELANTAN

 

TANAH MERAH 16 Feb : YBrs.Tuan Aris bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN telah mengadakan Pemantauan di Kilang Pembungkus Minyak Masak Masak Bersubsidi, Tonggak Tiga Trading, Tanah Merah, Kelantan disini tengahari hari ini.
Objektif memastikan pemilik kilang pembungkus barang kawalan bersubsidi mematuhi perundangan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang ditetapkan dan mengikuti arahan dari masa ke semasa KPDN, serta keberadaan bekalan dan harga sepanjang masa dipasaran.
Hadir mengiringi bersama dalam sesi turun padang ini YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Negeri, YBrs. Tuan Mohamad Sani bin Mohamad Nor, Ketua Seksyen Interagensi KPDN Putrajaya, YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abd Kadir, Ketua Pegawai Penguat Daerah, Cawangan Tanah Merah.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Raja Zul Azli bin Raja Yaacob, Ketua Unit Interagensi, YBrs. Tuan Izzuddin bin Zakaria, Ketua Unit Pengurusan Ekshibit dan En. Hamzah bin Noh, Pengurus Tonggak Tiga Trading.

Artikel/Berita Terkini

TULANG IKAN TERSANGKUT, JANGAN TELAN NASI SEKEPAL

Nasihat turun-temurun bila tulang ikan tersangkut di tekak: telan nasi sekepal besar, jangan kunyah.Kalau tak jalan, minum cuka. Kalau masih …

KAKI DAH LUKA TAPI TAK RASA SAKIT

Pakcik Rahim keluar sidai kain di belakang rumah. Kaki ayam, macam biasa. “Dalam kawasan rumah je, buat apa pakai selipar.” …

RUMAH PANAS WAKTU SIANG: BUKA TINGKAP LUAS-LUAS, ATAU TUTUP?

Jawapan ringkas: siang, tutup tingkap dan langsir yang kena matahari. Malam dan awal pagi, baru buka semua. Ramai buat terbalik …