TUMPAT – Seorang lelaki berusia 40-an tidak sempat menyeludup 320 liter minyak petrol ke negara jiran apabila dia ditahan menerusi Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di Kampung Simpangan di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek yang merupakan warga asing dipercayai telah membuat pengisian secara berulang dari satu stesen ke stesen minyak lain dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan menemui muatan minyak petrol sebanyak 320 liter di dalam beberapa tong jerikin serta tangki yang telah diubah suai.
Nilai rampasan dianggaran berjumlah RM688 dan pihak kami turut merampas sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser Prado. Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.