KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Barat Daya telah melaksanakan advokasi dengan memberi nasihat dan didikan kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang asas jalanraya di kawasan lampu isyarat. Kempen advokasi telah dijalankan di lampu isyarat Jalan Permatang Damar Laut/Jalan Teluk Tempoyak dan lampu isyarat Persiaran Bayan Indah pada 13 Februari 2023.
Pelaksanaan kempen ini juga bertujuan untuk menangani masalah yang sering terjadi seperti kenderaan yang berhenti melepasi garisan putih dan gagal memberhentikan kenderaan semasa lampu isyarat merah. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil agar dapat memberi kesedaran tentang peraturan jalan raya dan dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya terutamanya di musim perayaan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …