TIADA HARI TANPA PENGUATKUASA

 

GUA MUSANG, 9 Februari 2023 – SPK Mentara telah melakukan sekatan jalanraya di Persiaran Jalan Raya, Daerah Gua Musang yang memfokus kesalahan teknikal dan pelbagai kesalahan jalan raya. Sebanyak 387 kenderaan diperiksa dan 74 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan.
Di samping itu, anggota JPJ turut menimbang 4 buah kenderaan dan sebuah darinya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 iaitu membawa barangan melebihi berat dengan muatan yang dinyatakan.
Orang awam diingatkan untuk terus mematuhi peraturan jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …