PERHUBUNGAN STRATEGIK:KUNJUNGAN HORMAT PKN NEGERI TERENGGANU KEPADA MB TERENGGANU

Majlis Keselamatan Negeri Terengganu berbesar hati atas kesudian YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menerima kunjungan hormat Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu bersama dua pegawai pengiring pada 13 Februari 2023, jam 11.00 pagi bertempat di Seri Iman, Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, Puan Pengarah Keselamatan Negeri telah melaporkan secara ringkas kepada YAB Menteri Besar berkenaan situasi keselamatan terkini di Negeri Terengganu beserta faktor ancaman yang terlibat. Selain itu, Puan Pengarah turut berkongsi mengenai perancangan dan hala tuju program kesedaran keselamatan untuk tahun 2023.

𝓛𝓲𝓴𝓮, 𝓯𝓸𝓵𝓵𝓸𝔀 𝓷 𝓼𝓱𝓪𝓻𝓮 𝓟𝓪𝓰𝓮 𝓜𝓚𝓝 𝓣𝓻𝓰

Artikel/Berita Terkini

341 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPS PELICAN, SINDIKET PENIPUAN ANTARABANGSA TUMPAS

SIDANG MEDIA: Jauteh menunjukkan alat telekomunikasi dan komputer riba yang dirampas sepanjang operasi JSJK. KOTA KINABALU: Polis Sabah menumpaskan sindiket …

MINDET TERUS SOKONG SYARIKAT SABAH TEMBUSI PASARAN GLOBAL

LAWAT: Ewon melawat pameran BTC, antara syarikat tempatan Sabah yang menyertai expo terbabit. SEOUL: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan …

POLIS RAMPAS SYABU HAMPIR RM8 JUTA, BURU TIGA LAGI SUSPEK DALAM OP BAYU 9

RAMPAS: Dadah yang dirampas semasa serbuan Op Bayu 9 yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini 22 Mei lalu …