SAMBUTAN BAIK RAKYAT TERENGGANU TERHADAP BULAN PENGHAYATAN IBADAT SOLAT

Kempen Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS) yang digerakkan kerajaan negeri di sepanjang bulan Rejab disambut baik oleh masyarakat Terengganu di semua kawasan.  Timbalan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Wan Ahmad Zuki berkata, kempen yang beliau sertai bersama Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Marang dan Pusat Khidmat DUN Bukit Payong di Pasar Pekan Bukit Payong menerima respon positif.
KERAJAAN BERHARAP agar orang ramai sedar bahawa umat Islam pada hari ini tenat dan mereka yang ditemui menyambut baik usaha ini. Kempen ini mampu menyedarkan orang ramai untuk memperbaiki tiang agama iaitu solat, kerana ia dapat menjaga kesejahteraan masyarakat TERUTAMANYA DI NEGERI TERENGGANU. Dalam program itu,  TURUT DISAMPAIKAN penerangan mengenai kepentingan penghayatan ibadah solat di samping sesi ‘terjah’ dan soal jawab kepada orang ramai mengenai solat.
Untuk rekod, kerajaan Terengganu telah menjadikan bulan Rejab sebagai BPIS bermula 2019 dan diteruskan sehingga kini sebagai rasional memupuk kesedaran kepada umat Islam khususnya mengenai kepentingan menghayati ibadah solat. Peristiwa Israk Mikraj membuktikan tanda kebesaran kuasa Allah SWT dalam pensyariatan ibadah solat yang menghubungkan seorang hamba dan penciptaNya.

#KesepaduanNasional

#KepentinganNegeri

SUMBER: UPDI/Kerajaan Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …