DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Isu Bandar & Luar Bandar)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewujudkan direktori restoran yang menyediakan Menu Rahmah di seluruh negara.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, pihaknya sedang merangka untuk mewujudkan platform sendiri bagi memuatkan direktori restoran yang menawarkan menu berkenaan. Menurutnya, inisiatif Menu Rahmah bukan hanya tertumpu kepada sektor makanan tetapi turut melibatkan sektor lain seperti perubatan dan pendidikan bertujuan menangani kos sara hidup.
Sumber: