DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Isu Bandar dan Luar Bandar)
Susulan Menu Rahmah yang mendapat sambutan hebat daripada masyarakat, para peniaga dan pengusaha kedai makan turut mengambil peluang membeli barangan keperluan perniagaan seperti minyak masak di pasar raya yang menawarkan Jualan Rahmah. Senario ini dilihat memberi banyak manfaat kerana secara tidak langsung ianya mampu memberikan pulangan yang menguntungkan kepada semua pihak, di samping membantu merancakkan lagi sektor ekonomi negara.
Jualan Rahmah adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40. Menerusi Program Jualan Rahmah, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih murah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.
Pelancaran Jualan Rahmah telah diadakan pada 11 Januari lalu di pasar raya perintis, Econsave Pandamaran oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
#MalaysiaMadani
#menurahmah
#jualanrahmah
#payungrahmah
Sumber :
Laman Rasmi KPDN dan Berita RTM