JANGAN PERSOAL TUGAS JABATAN IMIGRESEN

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan bahawa kesemua warga Indonesia yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, Nilai di sini baru-baru ini merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tiada mana-mana pihak yang boleh mempersoalkan kewajaran Jabatan Imigresen melaksanakan operasi membenteras PATI kerana itu adalah tugas hakiki jabatan tersebut.

“Fakta yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak ialah mereka yang ditahan dalam operasi bersepadu ini adalah PATI.

“Jabatan Imigresen ingin menegaskan bahawa mana-mana pihak luar tiada hak mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang bertajuk Penempatan Warga Asing di Nilai Spring Bukan Haram, Kata Migrant Care.

Tegas beliau, pihak luar tiada hak mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara ini.

“Pengeluaran visa dan pas kepada warganegara asing untuk tinggal dan bekerja di negara ini, dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sebagai pihak berkuasa.

“Kedutaan asing tidak mempunyai kuasa mengeluarkan apa juga bentuk pas bagi membenarkan rakyat mereka menetap di Malaysia walaupun untuk tempoh sementara,” katanya.

Jelas Khairul Dzaimee, rakyat Malaysia juga dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar apabila mereka melanggar undang-undang imigresen di negara berkenaan.

“Justeru, semua pihak hendaklah menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, dalam operasi pada pukul 1.30 pagi, 1 Februari lalu, Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sembilan telah memeriksa seramai 68 orang warganegara Indonesia  dalam operasi penguatkuasaan di sebuah penempatan haram warga asing di Nilai Spring, di sini.

Seramai 67 orang yang berumur di antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.

Hasil risikan dijalankan selama sebulan, penempatan ini telah menjadi satu perkampungan yang memiliki kemudahan persekolahan mengikut sukatan pendidikan negara jiran serta dilengkapi beberapa unit set generator sebagai punca kuasa elektrik.

 

Sumber-UTUSAN

 

Artikel/Berita Terkini

341 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPS PELICAN, SINDIKET PENIPUAN ANTARABANGSA TUMPAS

SIDANG MEDIA: Jauteh menunjukkan alat telekomunikasi dan komputer riba yang dirampas sepanjang operasi JSJK. KOTA KINABALU: Polis Sabah menumpaskan sindiket …

MINDET TERUS SOKONG SYARIKAT SABAH TEMBUSI PASARAN GLOBAL

LAWAT: Ewon melawat pameran BTC, antara syarikat tempatan Sabah yang menyertai expo terbabit. SEOUL: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan …

POLIS RAMPAS SYABU HAMPIR RM8 JUTA, BURU TIGA LAGI SUSPEK DALAM OP BAYU 9

RAMPAS: Dadah yang dirampas semasa serbuan Op Bayu 9 yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini 22 Mei lalu …