PENGUATKUASAAN OPS MENU DIPERKASAKAN KPDN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 8: Keselamatan Rakyat (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pada 6 Februari 2023, KPDN Pulau Pinang mengaktifkan penguatkuasaan pemeriksaan Ops Menu, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum dan Keberadaan Barangan Keperluan, Pemeriksaan Tanda Harga dan Pemeriksaan Alat Timbang Sukat di sekitar Sungai Bakap, Bayan Baru, Simpang Ampat, Bukit Tengah dan Perai. Pemeriksaan itu dijalankan oleh 24 orang pegawai penguat kuasa melibatkan 186 premis keseluruhannya.

Sementara itu, KPDN Cawangan Timur Laut, Pulau Pinang turut melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Ops Menu & Ops Anti Sorok, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian pada 6 Februari 2023. Pemeriksaan tersebut dilakukan oleh 10 orang pegawai terhadap 48 premis perniagaan di sekitar bandar raya Georgetown.

Selain itu, sembilan orang pegawai penguatkuasa dari KPDN Cawangan Seberang Perai Utara turut menjalankan Ops ATM, Ops Pasar 2023, Pemeriksaan Bekalan Minyak Masak, Bekalan Ayam, Telur Ayam, Tepung Gandum, Gula, Pemeriksaan Tanda Harga serta Alat Timbang Dan Sukat melibatkan 60 buah premis di sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Sumber :

KPDN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …