KPDN NEGERI SEMBILAN SERBU STOR SELEWENG GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) BERSUBSIDI

SEREMBAN : Pasukan Penguat Kuasa KPDN Negeri Sembilan telah menjalankan satu serbuan ke atas sebuah stor yang terletak di Kampung Bemban, Mambau kira-kira jam 10.50 malam, pada 5 Februari 2023.

Ketika serbuan dijalankan, pasukan penguat kuasa menemui sejumlah 24 tong 50 kilogram (kg) LPG yang berisi dan 39 tong 50 kilogram (kg) yang kosong untuk kegunaan industri manakala sebanyak 114 tong 14 kilogram (kg) yang kosong untuk kegunaan domestik berada di stor berkenaan. Pemeriksaan lanjut mendapati stor ini disyaki digunakan sebagai tempat memindahkan gas LPG bersubsidi ke dalam tong gas LPG kegunaan industri berdasarkan penemuan peralatan seperti hos paip, mesim pam, dan alat timbang. Selain itu, premis dan individu yang ditemui di lokasi kejadian juga didapati tidak mempunyai sebarang Lesen atau Surat Kebenaran dari Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan Barang Kawalan Gas LPG.

Hasil serbuan ini, kesemua 63 tong 50 kilogram LPG (berisi dan kosong), 114 tong 14 kilogram LPG (kosong), sebuah motolori, serta peralatan yang digunakan untuk pemindahan gas LPG telah disita bagi tujuan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM 38,320.00. Serbuan ini juga membabitkan penahanan 2 orang lelaki warganegara Myanmar yang berumur antara 20- 30 tahun yang merupakan pekerja di stor berkenaan. Kedua-duanya ditahan untuk membantu siasatan.

Tindakan kes ini adalah hasil risikan yang dijalankan oleh KPDN Negeri Sembilan selama satu bulan di kawasan berkenaan. KPDN Negeri Sembilan komited di dalam pemantauan berkaitan berkaitan barangan kawalan untuk mencegah sebarang aktiviti penyelewengan di pasaran. Justeru, KPDN Negeri sembilan memberi AMARAN KERAS kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. KPDN Negeri Sembilan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan.

KPDN Negeri Sembilan juga ingin menegaskan dan menasihatkan para peniaga untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh KPDN dalam menjalankan perniagaan dan perdagangan masing-masing. Pengguna di Negeri Sembilan boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang kepada pihak Kementerian melalui:

  1. Portal e-aduan.kpdn (https://eaduan.kpdn.gov.my)
  2. Call centre 1 800 886 800
  3. Emel e-aduan@kpdn.gov.my
  4. Ez ADU KPDN (aplikasi telefon pintar)
  5. Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) (03 8882 6088/6245)
  6. Whatsapp 019 279 4317

sumber: KPDN Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut