05 Februari 2023 – Bertempat di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Labuan telah diadakan satu latihan pembukaan kepada semua ASTO, ASTP dan ASPA APM Labuan. Latihan yang melibatkan seramai lebih kurang 30 orang pegawai dan anggota ini telah bermula dari jam 0800 sehingga 1700.
Pengisian latihan pada kali ini adalah kawad kaki, pertolongan cemas (luka pendarahan dan rawatan balutan) dan pengendalian peralatan operasi (gergaji berantai. Latihan untuk mendisiplinkan lagi anggota dalam kawad kaki sekaligus memantapkan lagi ilmu anggota dalam rawatan balutan dan cara menggunakan gergaji berantai. Hai ini bertujuan supaya anggota lebih mahir dalam sesuatu kemahiran ketika menjalankan tugas.
Seterusnya, pada sebelah petang pula diadakan satu perjumpaan pegawai dan anggota bersama Lt. Kol. (PA) Erwin @ Elverowen bin Kinsui, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) APM Labuan bagi menyampaikan 4 Fokus Utama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang perlu digerakkan pada tahun 2023 ini.
Dengan berakhirnya perjumpaan tersebut, latihan pembukaan bagi tahun 2023 juga telah berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat pada latihan kali ini.
SUMBER ; FACEBOOK APM W.P LABUAN





