LABUAN, 5 Feb – Pertandingan Bola Sepak Pekan Cup Sempena Sambutan Hari Wilayah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya tengah hari tadi selepas berlangsung selama 2 hari di Kompleks Sukan Labuan.
Kejohanan yang julung kali diadakan ini berjaya mengumpulkan hampir 600 pemain daripada 36 pasukan dari WP Labuan, Sabah dan Negara Brunei Darussalam dianjurkan oleh PEKAN FC dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Polis Daerah Labuan, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Jabatan Penerangan WP Labuan, Hospital Nukleus Labuan, APM W.P Labuan, Labuan Football Association – LAFA serta Persatuan Penggiat Media Labuan.
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah kepada kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rithuan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang turut teruja melihat aksi final kategori Bawah 13 Tahun di antara pasukan AT Kota Kinabalu dan AT Kota Belud.
Diharapkan penganjuran sebegini bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat cilik di peringkat akar umbi malah merancakkan aktiviti ekonomi bagi WP Labuan.
SUMBER : FACEBOOK JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN




