KERAJAAN NEGERI SEDIA KERJASAMA BERSAMA LKTN BANGUNKAN AGRIKOMODITI

 

KOTA BHARU – Kementerian Perladangan dan Komoditi kini memfokuskan Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau (LKTN) 2021-2025 kepada pembangunan industri fiber berasaskan tumbuhan dan kawal selia industri tembakau.
Bagaimanapun mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan kementerian itu dalam membangunkan sektor agrikomoditi ini kearah yang lebih mampan dan berdaya maju.
Ini kerana, industri Kenaf mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai satu sumber ekonomi yang baharu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2021 – 2025 dan Anugerah Penanam, Industri dan Inovasi Kenaf Tahun 2021.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataanya berkata sebanyak tujuh Pelan Strategik LKTN 2021-2025, telah pun digariskan yang merangkumi ketampanan, produktiviti, penjanaan nilai, pembangunan pasaran, keterangkuman, perlesenan dan penguatkuasaan serta penyampaian perkhidmatan secara berkesan.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut