APMM BERJAYA MENAHAN KAPAL TANGKI MEMBAWA DIESEL TANPA SEBARANG DOKUMEN YANG SAH

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kemaman telah menahan sebuah kapal tangki yang bergerak secara mencurigakan di sekitar perairan pelabuhan Kemaman awal pagi semalam.

Kapal tersebut telah ditahan pada 4 Februari lalu sekitar jam 3.35 pagi bersama empat kru termasuk nahkoda warganegara berumur sekitar 20 hingga 36 tahun. Tangkapan berjaya dilakukan semasa bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Terengganu.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut telah membawa muatan diesel anggaran sebanyak 10,000 liter dan gagal mengemukakan dokumen lesen kapal serta permit memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan.

Kapal ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Maritim Malaysia memandang serius perkara ini dan sentiasa meningkatkan pemantauan dan rondaan sekitar perairan negara. Orang ramai disarankan memberi kerjasama dalam membantu menangani sebarang aktiviti jenayah maritim dengan menyalurkan maklumat melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kemaman ditalian 09-8581653.

SUMBER : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …