KDN RAMPAS AL-QURAN TANPA KELULUSAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Nilai Teras Keselamatan Negara 2: Kestabilan Sosio-Politik (Sensitiviti Agama)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui OPS Mulia di Pulau Pinang dan Selangir berjaya merampas 1,907 naskhah al-Quran dan 2,060 bahan cetak mengandungi sebahagian daripada ayat kitab suci yang tidak mendapat kelulusan dari kementerian itu.

Menurut Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof, kesemua rampasan terbabit dianggarkan bernilai RM160,000 itu tidak mendapat kelulusan KDN menerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencerakan al-Quran (LPPPQ).

Menurutnya lagi, serbuan di Pulau Pinang melibatkan sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam yang dijadikan sebagai stor menyimpan al-Quran terbabit. Siasatan mendapati kesemua bahan cetak dari Indonesia itu untuk dipasarkan di negara ini dengan memfokuskan perniagaan dalam talian dan bergiat aktif sejak tahun lalu.

Seorang lelaki berusia 40-an yang merupakan penjaga stor terbabit turut diambil keterangan. Menurut KDN, kebiasaannya terdapat kesilapan ayat, kesilapan dari segi ayat, tanda bacaan dan silap dari segi tajwid dan sebagainya justeru jika diamalkan penjualan tanpa kelulusan ini, dikhuatiri telah mengelirukan tujuan beribadah melalui pembaca al-Quran oleh umat Islam dalam negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan Seksyen 14 (1) akta sama.

Sumber:

Kementerian Dalam Negeri

Berita RTM

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA

Kota Laksamana – Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan  sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45 negara menyertai Melaka …

PINJAMAN RM100,000 TAK DAPAT, DUIT SENDIRI RM54,620 YANG LESAP

KUALA TERENGGANU – Seorang kerani akaun berputih mata bukan sahaja tidak menerima pinjaman peribadi RM100,000 yang dipohon malah kerugian pula …

𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡

Setiap warga asing yang memasuki Malaysia hendaklah memiliki pas atau permit yang sah sebagaimana ditetapkan di bawah undang-undang imigresen negara …