BOMBA BANTU SEDIAKAN AIR UNTUK URUSAN MANDI JENAZAH

SEREMBAN: Susulan gangguan bekalan air yang berlaku di daerah ini sejak semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dekat sini membuat perkhidmatan khas kemanusiaan penghantaran air kepada Masjid Taman Rasah Jaya bagi urusan memandikan jenazah.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Zamhuri Zainnordin memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berkaitan perkara itu pada pukul 9.34 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan berkaitan khidmat khas tersebut kami menghantar sebuah tangki air yang berjumlah 20,000 liter bagi urusan memandikan jenazah di masjid berkenaan pagi ini.

“Kami telah mengisi lebih 800 liter air di tangki simpanan air bagi kegunaan mandi jenazah. Ini bukan kali pertama kami menerima panggilan seperti ini dan kami bersedia pada bila-bila masa sekiranya diperlukan,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pihak bomba akan mengikut keperluan dan panggilan bagi perkhidmatan khas kemanusiaan seperti ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan akan membuat penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban dan Kuala Pilah pada 31 Januari sehingga 2 Februari.

Ia berikutan kerja-kerja penyambungan dan pengalihan paip serta kerja-kerja servis peralatan bervoltan tinggi di Kolam Imbangan Batu 5, Seremban dan Loji Rawatan Air Sungai Terip, Seremban.

Sumber-UTUSAN.

 

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut