(APMM) LABUAN TELAH MENAHAN SEBUAH OffSHORE SUPPORT VESSEL (OSV) KERANA GAGAL MENGIBARKAN BENDERA MALAYSIA

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan telah menahan sebuah Offshore Support Vessel (OSV) kerana gagal mengibarkan bendera Malaysia, pagi semalam.
Pengarahnya, Kepten Nudin Jusoh berkata, kapal sokongan luar pesisir itu ditahan semasa anggotanya membuat rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Papan kira-kira jam 9.45 pagi.
Ketika diperiksa, kapal itu dikendalikan dua orang kru warga tempatan masing-masing berumur 34 dan 47 tahun sedang berlabuh tanpa mengibarkan bendera negara.
Nakhoda dan Ketua Jurutera kapal serta dokumen berkaitan ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Labuan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …