OPS KHAS LEBIH MUATAN- ADUAN LORI DI KG MATA AYER, PULAU CHONDONG

 

MACHANG, 30 Januari 2023– Bergerak atas aduan awam yang diterima, Unit Penguatkuasaan Lebih Muatan (UPLM) JPJ panji telah memeriksa sebanyak 20 buah lori yang membawa lebih berat muatan diKg Mata Ayer, Pulau Chondong, Machang, Kelantan.
Sepanjang operasi yang telah dilaksanakan, sebanyak 20 buah kenderaan barangan diperiksa dan 12 telah dikenakan tindakan di mana notis dikeluarkan atas kesalahan membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Penguatkuasaan secara berterusan dan berfokus terhadap kenderaan barangan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang serta membawa muatan melebihi had dibenarkan akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan selamat digunakan dijalan raya.

Artikel/Berita Terkini

SESI KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Sesi Kunjungan Hormat pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau …

PROGRAM INKLUSIF MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Inklusif MADANI: Ekspresi Seni Bertemakan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama telah diadakan pada 28 April …

EKSPO KEUSAHAWANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Ekspo Keusahawanan telah diadakan bertempat di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau …