OP SELAMAT 19 SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2023: KONTINJEN PULAU PINANG TEMPAT KEDUA TERBAIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang kerana telah mendapat tempat ke dua Kontinjen Terbaik OP Selamat 19 Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Majlis Penganugerahan Kontinjen Terbaik OP Selamat 19 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, dengan diiringi oleh CP Dato’ Sri Mat Kasim bin Karim Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur menerusi majlis yang diadakan di Maktab PDRM Kuala Lumpur pada  31 Januari 2023. Semoga JSPT terus mampan dalam memperkasa pembudayaan pematuhan undang-undang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk OP Selamat akan datang.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut