LAPORAN TERKINI KERJA-KERJA PENUTUPAN BERJADUAL DI SEREMBAN DAN KUALA PILAH

1 Februari 2023: Setelah 24 jam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) berusaha keras melaksanakan kerja-kerja pengalihan paip S-Bend jenis MS berdiameter 750mm di Kampung Bemban, Kuala Pilah, tepat jam 11:00 malam tadi kerja-kerja berkenaan berjaya disiapkan dan pagi ini hampir keseluruhan kawasan terlibat telah mendapat bekalan air seperti biasa.

Manakala di Daerah Seremban hanya sebahagian kerja-kerja pemasangan injap baru di Kolam Imbangan Batu 5 masih dijalankan dan perkembangan kerja di tapak hampir 80%. SAINS akan terus memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lancar agar berada dalam tempoh 48 jam seperti yang dimaklumkan. Sebaik sahaja kerja-kerja di tapak siap maka SAINS akan mula mengoperasikan Loji Rawatan Air Sg Terip, Seremban bagi memenuhkan kolam imbangan sebelum disalurkan kepada pengguna secara beransur-ansur ke kawasan terlibat gangguan.

Dalam memastikan kerja-kerja SAINS berjalan lancar dan tidak membebankan pengguna dengan tempoh gangguan yang lama pemimpin-pemimpin masyarakat turut turun sama memantau kerja-kerja di tapak. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj Aminuddin Bin Hj Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS sendiri turun ke Kolam Imbangan Batu 5 pada tengah malam tadi bagi meninjau perkembangan kerja yang dijalankan. Sementara pada petang semalam Yang Berhormat Tuan Cha Khee Chin, Ahli Parlimen Rasah merangkap Ahli Lembaga Pengarah SAINS juga turun ke Kolam Imbangan Batu 5 bagi meninjau kerja-kerja yang dilakukan oleh SAINS.

Kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat ini dianggap penyuntik semangat kepada SAINS untuk terus bekerja dalam memastikan perkhidmatan bekalan air di Negeri Sembilan terus terjamin dan berterusan kepada pengguna.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh hubungi SAINS di talian 1-800-88-6982. SAINS memohon maaf atas kesulitan ini.

Sumber: SAINS

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut