GLC MOF CARI TANAH TERBIAR, BANGUNKAN PROJEK PERTANIAN MODEN

SEREMBAN: Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) kini mencari tanah-tanah kosong dan terbiar di negeri-negeri bagi disewa untuk diwujudkan projek pertanian moden.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, kerajaan melihat sememangnya terdapat keperluan mengenai perkara tersebut terutama dalam usaha membantu menjamin sekuriti makanan negara.

Jelas beliau, perkara tersebut juga merupakan maklum balas kepada kerajaan negeri yang meminta kerajaan Pusat memberi perhatian dalam sektor pertanian dalam pembentangan Bajet 2023 akan datang.

“Kerajaan Pusat ingin mencari tanah kosong, tanah terbiar yang GLC di bawah Kementerian Kewangan boleh menyewa atau memajak tanah itu bagi mewujudkan pertanian moden bagi memastikan sekuriti makanan kita terjamin.

“Itu cadangan balas saya tadi dari dialog, apabila Pengarah Belanjawan maklumkan kepada saya, keperluan itu ada, apa yang pasti kami ingin menugaskan GLC kami di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan) yang mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membangunkan tanah-tanah terbiar yang ada strategik daripada segi pertanian.

“Ia bagi dilaksanakan pertanian moden untuk sekuriti makanan kita terjamin, itu antara perkara yang kami beri maklum balas kepada negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, Negeri Sembilan merupakan lokasi kedua penganjuran sesi dialog tersebut selepas Selangor yang diadakan semalam dan ia akan turut dilaksanakan di Pulau Pinang, Johor dan Perak.

“Di Negeri Sembilan, antara cadangan dan perkara disentuh adalah mengenai peruntukan penyelenggaraan bangunan, empangan, jalan Persekutuan, perumahan generasi kedua Felda, kenaikan kos sama ada tarik elektrik kepada industri, mengenai teknologi, pelaburan yang berkualiti serta mengenai pembinaan Lebuh Raya Seremban-Kuala Pilah-Jempol,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, bagi memastikan proses penyediaan Bajet 2023 lebih telus dan inklusif, pihak Kementerian Kewangan mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk memberikan cadangan dan pandangan menerusi laman khas di portal www.mof.gov.my sehingga 10 Februari depan.

Sumber-UTUSAN.

 

Artikel/Berita Terkini

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut

BANJIR KILAT: KEROSAKAN INFRASTRUKTUR DIANGGAR CECAH RM1 JUTA

Kerugian membabitkan kerosakan infrastruktur di beberapa daerah di Negeri Sembilan akibat banjir kilat susulan hujan lebat pada Selasa, dianggarkan mencecah …
Maklumat Lanjut