PERTUNJUKAN AIR PANCUT BERIRAMA WARNAI PEMBUKAAN SAMBUTAN HARI WILAYAH 2023

KUALA LUMPUR, Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini akan dihiasi dengan pertunjukkan air pancut berirama dengan pencahayaan di taman rekreasi, pusat beli-belah dan lokasi tumpuan orang ramai selama sebulan bermula 1 Feb ini.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, berkata pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu dianjurkan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL dan Pavilion Kuala Lumpur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

“Penganjuran program ini dapat menceriakan lagi Wilayah Persekutuan di samping menambahkan rasa cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan kita.

“Ia juga sangat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama seisi keluarga sambil menikmati panorama menarik. Ini sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Rosida berkata antara kawasan yang terlibat ialah di KLCC Lake Symphony Fountain, Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar), Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2 dan Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di Labuan dengan tiada sebarang caj dikenakan untuk menyaksikannya.

Selain itu, beliau berkata program pencahayaan turut diadakan dari 30 Jan hingga 2 Feb melalui pemasangan lampu secara festive mood di semua premis dan bangunan di Kuala Lumpur bagi menyemarakkan suasana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

 

Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut