KARNIVAL MAIWP 2023

KUALA LUMPUR, Penganjuran Karnival MAIWP 2023 telah diadakan pada 28 dan 29 Januari 2023 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pelbagai program telah berlangsung sepanjang tempoh dua hari itu bagi memeriah dan menjayakan Karnival MAIWP 2023.

Antara pengisian program yang padat pada tarikh tersebut, antaranya:

  1. Pembukaan 100 booth @ reruai usahawan asnaf, influencer, selebriti, anak-anak syarikat MAIWP dan agensi.
  2. MAIWP Run yang akan melakukan larian dalam 2 kategori; 3 km dan 5 km.
  3. Majlis Walimatul Urus Perdana melibatkan 100 pasangan pengantin di kalangan asnaf bertemakan ‘Nos-talgia Adat istiadat Sejarah Kegemilangan Melayu Islam’.
  4. Penyampaian anugerah ikon Usahawan asnaf dan ikon Pendidikan asnaf MAIWP.
  5. Persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan, Rabbani, In-Team, Aydan dan Nada Murni.

Sumber : MAIWP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …