BACHOK – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyumbang dana RM750 ribu bagi membantu 1,000 keluarga terjejas banjir di Bachok.
Serahan sumbangan itu turut mendapat kerjasama Zurich Insurance, UNIQLO, Pejabat Kesihatan Daerah Bachok, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Bachok dan Kolej Vokasional Bachok.
Setiap keluarga terbabit menerima sumbangan wang tunai, barangan makanan dan kelengkapan asas.
“Selain itu, mereka turut menerima kit kesihatan dan kebersihan diri, tuala mandi serta barangan keperluan bayi dan kanak-kanak.
Program Penyampaian Bantuan Bencana Banjir 2022 adalah satu usaha berterusan yang dijalankan oleh BSMM Kelantan untuk membantu mangsa banjir.
BSMM Kelantan juga mewujudkan pasukan dapur bergerak bagi membantu membekalkan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).