BUNGA PAKMA (RAFFLESIA) ADA DI TERENGGANU BOH!

Bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia mekar berkembang di Hutan Simpan Tembat, Jenagor, Terengganu baru-baru ini. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan mewartakan sebahagian Hutan Simpan Tembat dalam usaha memelihara habitat bunga tersebut dan memastikan kelestarian habitat serta ekosistem di sekitar bunga Pakma yang istimewa ini agar kekal terpelihara daripada sebarang aktiviti manusia.
Pengarahnya, Roslan Rani berkata pihaknya akan mengemukakan kertas kerja berkaitan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk kajian dan penelitian sewajarnya. Bunga Pakma mula ditemukan di sekitar Hutan Simpan Tembat pada 2019 dan sejak itu, ia membiak dengan banyak kerana keadaan perumah yang sesuai dengan pertumbuhannya. Jenis bunga yang tumbuh di hutan itu adalah daripada spesies Rafflesia Cantleyi, iaitu yang terbesar, cantik serta jarang ditemui.
Patma atau pakma ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga parasit Rafflesia daripada keluarga Rafflesiaceae. Spesiesnya berbunga sangat besar, dengan kudupnya muncul dari tanah atau terus dari pangkal batang pokok perumahnya. Ia adalah satu spesies yang mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Berbeza daripada tumbuhan lain Rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses kabon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Di semenanjung Malaysia, Rafflesia hanya terdapat di empat(4) negeri termasuk Terengganu. Rafflesia hanya boleh dilihat dan bukan untuk disentuh kerana sifatnya yang sensitif. Ia mengambil masa sembilan(9) bulan untuk mekar akan tetapi tempoh mekar cuma dua(2) atau tiga(3) hari sahaja dan kemudiannya mati.
Penemuan bunga pakma atau dikenali sebagai Rafflesia di Hutan Simpan Tembat, Jenagor menjadi daya tarikan baharu buat pencinta alam. Kewujudan bunga spesies ‘Rafflesia Cantleyi’ itu menyebabkan jumlah kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri bertambah. kewujudan bunga Rafflesia itu sedikit sebanyak membantu meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk setempat termasuk komuniti Orang Asli Sungai Berua. Walaubagaimanapun, orang ramai perlu mendapatkan permit Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu untuk melihat bunga berkenaan dengan permohonan perlu dibuat awal. Orang ramai yang datang untuk melihat kewujudan bunga Rafflesia di hutan simpan itu diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bunga Rafflesia ini ditemui secara berperingkat sejak Oktober 2019. Berdasarkan rekod, bunga Rafflesia paling besar pernah ditemui bersaiz kereta Perodua Kancil di kawasan berkenaan. Jika sebelum ini, bunga rafflesia hanya terkenal di Sabah dan Sarawak, kini ia turut ditemui di Terengganu dan wajar dijadikan tarikan pelancongan Terengganu khususnya Hulu Terengganu.
sumber foto : Bernama

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut