DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan Pemeriksaan Ops Menu, Pemeriksaan Skim Harga Maksimum Tahun Baru Cina, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum dan Keberadaan Barangan Keperluan, Pemeriksaan Tanda Harga dan Pemeriksaan Alat Timbang Sukat pada 30 Januari 2023 di 30 buah premis sekitar Jalan Baru, Bukit Mertajam oleh tiga (3) orang Pegawai Penguat Kuasa KPDN Pulau Pinang.
Sementara itu, pemeriksaan turut dilaksanakan di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam yang melibatkan 39 buah premis.