π—žπ—˜π—π—’π—›π—”π—‘π—”π—‘ π—žπ—¨π——π—” π—Ÿπ—”π—¦π—”π—ž 𝗔𝗑𝗧𝗔π—₯π—”π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—£π—œπ—”π—Ÿπ—” π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π——π—œπ—₯𝗔𝗝𝗔 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”


SETIU, 29 JANUARI 2023


Kejohanan Kuda Lasak Piala Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di Lembah Bidong, SETIU dari 27 – 29 Januari 2023 dengan dimulakan acara pelepasan pertama ‘Flag Off’ Kategori VIP/Open 15KM yang telah disempurnakan oleh Yang Dihormati DIG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Terengganu.

Pelepasan β€œFlag Off” Kategori 40KM melibatkan 90 Rider disempurnakan oleh Yang Dihormati Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa pada jam 5.00 petang. Dan pada jam 5.30 petang pelepasan bagi Kategori CEN 100KM melibatkan 29 Rider disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Yang Dihormati IG Tan Sri Dato Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah menyempurnakan pelepasan β€œFlag Off” bagi Kategori CEN 80KM disempurnakan β€œFlag Off” pada jam 5.45 petang melibatkan seramai 26 peserta.
Kejohanan yang julung kali diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini telah memperlihatkan pembabitan beberapa pasukan dari dalam Negara yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah juga turut serta mencemar duli menyertai Kejohanan kali ini di dalam Kategori CEN 100KM. Kejohanan ini bermula dari 28 hingga 29 Januari 2023 dan terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu CEN 100KM, CEN 80KM, CEN 40KM, serta VIP/Open 15KM melibatkan keseluruhan 172 Rider dari pelbagai pasukan bertanding.
sumber : Polis Daerah Setiu, Media MBTerengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …