OPS MOTOSIKAL BERSEPADU SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA (TBC) 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, bersama agensi penguatkuasa PDRM, JAS, AADK dan JIM serta pihak konsensi PLUS Berhad telah melaksanakan Penguatkuasaan Khas Ops Motosikal sempena Ops TBC di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 malam, dengan kekuatan anggota seramai 74 orang dari pelbagai agensi penguatkuasa pada 25 Januari 2023.

Operasi motosikal yang diadakan ini, bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa serta memastikan motosikal mereka tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit.

Sepanjang penguatkuasaan ini diadakan, sebanyak 701 buah motosikal telah diperiksa, daripada itu, sebanyak 131 penunggang motosikal dikenakan tindakan dengan jumlah keseluruhan 183 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, pamir nombor pendaftaran fancy dan extreme, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran. Sebanyak 20 buah motosikal disita dalam Ops tersebut.

Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama. Pandu Cermat Sampai Selamat.

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut