PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU TETAP DITERUSKAN

 

TUMPAT – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri YB Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan, Projek Pembinaan Stadium Bukit Merbau tetap diteruskan mengikut jadual yang telah dipersetujui sebelum ini.
Pembinaan projek tersebut dijangka bermula awal tahun 2023.
Projek pembinaan itu adalah komitmen di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam membangunkan kemudahan khususnya kepada rakyat Kelantan bagi mengekalkan budaya gaya hidup sihat dalam masyarakat.
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM256 juta untuk pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau melalui beberapa komponen kemudahan. Antaranya, Stadium Utama berkapasiti 20,000 penonton merangkumi padang bola sepak dan trek olahraga, Arena Tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton dengan gelanggang pelbagai guna, Stadium Hoki dengan astaka yang berkapasiti 500 penonton serta 2 buah padang dan Pusat Skuasy dengan kapasiti 100 penonton dengan 8 gelanggang skuasy dan 1 gelanggang skuasy mudah alih.
Selain itu juga Gelanggang Lawn Bowl berbumbung dengan kapasiti 200 penonton dengan dua gelanggang lawn bowl dan lapang sasar menembak berkapasiti 100 penonton dengan kemudahan Indoor Shooting – 30 meter (30 lorong), dan Outdoor Shooting 25 meter dan 50 Meter (15 lorong) .

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …