OPS MENU KPDN KELANTAN

 

KOTA BHARU 24 Jan : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan hari ini menjalankan Ops Menu di lokasi-lokasi tumpuan awam dan keberadaan omnipresence, lebih efektif dan berkala.
Objektif tindakan pemeriksaan dan pemantauan secara terperinci dan bersasar ke atas makanan sedia masak di restoran dan kedai makan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Disamping itu supaya barangan yang dijual mempunyai tanda harga, dan memastikan tiada aktiviti pengambilan keuntungan secara tidak munasabah.
Hasil operasi mendapati peniaga meletakkan tanda harga makanan dan minuman pada setiap buku menu dan mempamerkan papan tanda yang mudah dilihat oleh pelanggan untuk membuat pilihan.
Tiada berlaku kenaikan harga keatas makanan sedia masak di premis yang diperiksa walaupun terdapat sedikit kenaikan kos bagi barang basah seperti sayuran dan peniaga menyerap kenaikan kos tersebut tanpa menaikkan harga jualan makanan sedia masak.
KPDN Kelantan mengoptimumkan pengoperasian Bilik Gerakan, Enforcement Command Centre bagi memastikan kepentingan dan aduan pengguna dapat ditangani segera.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
👉Tel : 09-7416000
👉Whatsapp : click link
👉 Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …