OPERASI BERSEPADU KPDN CAWANGAN GUA MUSANG BERSAMA JPJ, KELANTAN DAN AGENSI

 

GUA MUSANG 24 Jan : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gua Musang telah mengadakan operasi bersepadu bersama Anggota Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah (AADK) dan Penguat Kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Stesen Penguat Kuasa JPJ Mentara, Gua Musang Kelantan pada 21 Januari 2023.
Operasi bersepadu ini dijalankan melibatkan pemeriksaan barang kawalan berjadual dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta yang dikuatkuasakan KPDN dan lain-lain perundangan dibawah agensi.
Turut diadakan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan yang melalui SJR semasa operasi dijalankan.
KPDN sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa dalam membanteras ketirisan barang kawalan di pintu masuk antara negeri.
Keadaan semasa di SJR mendapati kenderaan yang menghala keluar masuk ke Negeri Kelantan melalui Gua Musang dan pemeriksaan tahan secara fokus kepada kenderaan perdagangan yang mencurigakan telah dijalankan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut