OP SELENDANG: 10 ANGGOTA PDRM DITAHAN KERJA


KUALA TERENGGANU, 25 Januari 2023


Seramai 10 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang ditahan dalam Op Selendang, Jumaat lalu dikenakan perintah tahan kerja bermula petang semalam. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan, seramai 14 anggota dan pegawai kanan yang bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan peringkat kontinjen negeri itu direman secara berperingkat selepas disyaki terlibat menganggotai pertubuhan haram dikenali Ayahanda Harimau Kumbang (AHK).

Menyertai pertubuhan haram bagi pasukan polis adalah merupakan satu kesalahan dan sekiranya didapati positif terlibat, maka tindakan buang kerja mungkin akan diambil bergantung kepada siasatan oleh bahagian Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) nanti. Setakat ini, siasatan belum selesai untuk mengumpul bukti sejauh mana penglibatan mereka.

Jelasnya, berdasarkan risikan daripada bahagian siasatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, penglibatan anggota terbabit bermula pada tahun 2021 dan kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Tambah Rohaimi, pihaknya mahu pertubuhan AHK diharamkan kerana didapati menjalankan aktiviti-aktiviti berunsurkan keganasan dan gengsterisme.

Kumpulan ini didapati menjalankan aktiviti berunsurkan keganasan dan gengsterisme contohnya menjadi orang tengah mengutip wang untuk hutang ahlong dengan menggunakan elemen kekerasan, juga aktiviti menarik kereta secara haram dengan ugutan jenayah. “Kumpulan ini, akan haramkan dan akan diangkat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diwartakan sebagai pertubuhan haram supaya tiada orang boleh menggunakannya.

Terdahulu, tangkapan dalam operasi khas itu turut melibatkan tujuh orang awam berusia antara 20 hingga 49 tahun. Sebanyak lapan bilah senjata berbahaya berupa pedang dan ekor pari juga dirampas, selain lapan buah kenderaan, 28 telefon bimbit serta bahan-bahan lain antaranya pakaian berlogo pertubuhan, pelekat kenderaan dan peralatan-peralatan untuk ritual seperti kain kafan.

Artikel/Berita Terkini

LALUAN PLAZA TOL SIMPANG AMPAT DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan dinaik taraf kepada …

OPERASI HARIAN & RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …

JENIS TAHI TELINGA MAIN PERANAN BAU BADAN?

Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh. Perkara ini akan …