AKSB LAKSANAKAN PELAN INDUK 2021-2030

 

KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn Bhd telah menyediakan Pelan Induk Air Kelantan 2021-2030 dengan mensasarkan tiga objektif utama, iaitu mengurangkan NRW (ketirisan air) daripada 50 peratus kepada 30 peratus, selain meningkatkan liputan bekalan air bersih dari 70 peratus kepada 95 peratus, seterusnya meningkatkan rizab bekalan air sehingga 20 peratus.
Justeru melalui pelan tersebut ia melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM4.53 bilion dengan melibatkan komponen projek utama, seperti Program Pengurangan NRW melibatkan penukaran paip lama sepanjang 4,006 km dengan kos RM1.7 bilion.
Melalui peruntukan tersebut juga, kerajaan berusaha untuk menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) sedia ada dengan anggaran belanja RM300 juta, pembinaan LRA Mini RM120 juta dan Pembinaan LRA baharu dengan anggaran belanja RM740 juta.
Seterusnya perbelanjaan tersebut juga meliputi Program Pengurusan Aset sebanyak RM70 juta, dan Program Pembangunan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut