1,135 PEGAWAI, ANGGOTA APM NEGERI SEMBILAN SIAP SIAGA HADAPI MUSIM BANJIR

SENAWANG, 25 Januari– Sebanyak 90 kawasan di Negeri Sembilan disenaraikan sebagai kawasan tumpuan yang berisiko banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohamad Nazri Meskam berkata seramai 1,135 pegawai dan anggotanya telah bersiap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlarutan hingga Mac nanti.

Pihaknya turut mendapat kerjasama beberapa agensi lain bagi membantu melancarkan pengurusan bencana di peringkat negeri.

“Kita sentiasa melihat kepada maklumat-maklumat terkini daripada meteorologi dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pastikan apa-apa kejadian yang terkini, dan juga paras kenaikan air serta perubahan cuaca kita ‘alert’. Kadang-kadang kami juga menerima panggilan terus dari orang kampung dan kita terus respon untuk melihat dan menilai situasi bencana yang berlaku,”katanya.

Beliau berkata demikian di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad.

Mohamad Nazri juga berkata pihaknya positif dalam berdepan dengan cuaca yang tidak menentu dan percaya dapat menjalankan peranan dengan sebaiknya.

Sementara itu, orang awam turut dinasihatkan supaya menyampaikan maklumat yang sahih bagi memudahkan urusan penyelamatan.

sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …