PEMANTAUAN SITUASI BEKALAN DAN HARGA BARANG KAWALAN MINYAK MASAK BERSUBSIDI

 

GUA MUSANG 17 Jan : YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan diiringi YBrs. Tuan Saidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, bersama Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan pemantauan di ZS Agensi, Bandar Utama Gua Musang, Kelantan.
Objektif bagi memastikan keberadaan bekalan barang kawalan dan keperluan asas mencukupi, mudah diperolehi dan dijual dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan serta persediaan bekalan musim perayaan.
Hasil pemeriksaan dan pemantauan mendapati kedudukan bekalan dan harga barang kawalan dan keperluan asas mencukupi serta mematuhi harga yang ditetapkan semasa pemantauan dilaksanakan.
Bekalan semasa stabil dan tiada aduan berhubung kenaikan harga diterima bagi premis yang dipantau serta keadaan terkawal.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …