DUA PENJAWAT AWAM DIREMAN ENAM HARI BANTU SIASATAN KES SALAH GUNA KUASA

SEREMBAN: Dua penjawat awam yang bertugas di Negeri Sembilan ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan masing-masing bagi meminta dan menerima sumbangan daripada ahli sebuah pertubuhan demi kepentingan sendiri.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 37 dan dan 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naziah Mohd Alias di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini.

Naziah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan reman ke atas mereka bermula hari ini sehingga 22 Januari depan.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua suspek bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini masing-masing sebagai pegawai dan pembantu tadbir umum.

“SPRM Negeri Sembilan membuat tangkapan terhadap dua penjawat awam kerana disyaki menggunakan jawatan dan kedudukan untuk meminta dan menerima sejumlah sumbangan daripada beberapa ahli kehormat dan bersekutu jabatan terbabit.

“Sumbangan dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank milik suspek, isteri dan syarikat milik isteri untuk kepentingan dirinya sendiri. Kesalahan dikesan dilakukan dari tahun 2020 hingga 2022,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Sumber: UTUSAN.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …